Jumat, 31 Januari 2014

Ustaz Kenapa Perlu Solat Lima Waktu Solat Jumaat

Aminah Wadud, Gambar Hiasan Mengenai Islam Liberar

Salam kepada semua, bersyukur kepada Allah yang menjadikan kita dan alam ini, selawat dan salam kepada Nabi junjungan Muhammad saw. Terperanjat saya apabila di tanya soalan seperti ini “Kenapa perlunya solat lima waktu dan kenapa hari Jumaat perlu solat Jumaat tidak solat zohor?”

Jawapan Bagi Soalan Pertama iaitu Kenapa perlu solat lima waktu?

Sebelum memulakan perbahasan mengenai perkara ini, saya minta bagi yang bertanya mengucap kembali, beristiqfar dan memohon ampun dengan penuh penyesalan atas keraguan hati anda, dan pertikaian diri anda mengenai mengapa Allah suruh solat. Mengikut pengertian ilmu Tauhid, orang yang beriman (percaya) Allah mestilah melahirkan keyakinan dalam hatinya, percakapannya dan perbuatannya tanpa ragu2, syak, zon atau seumpamanya. Bagi orang yang meragui perintah Allah dan kewujudan Allah, maka bererti imannya telah rosak.

Setiap yang ada di dunia ini mesti ada yang menjadikan, mustahil tiada yang menjadikan sesuatu. Mengikut logik akal manusia, setiap perkara mesti ada yang menjadikannya. Contohnya kereta yang berjalan di jalan raya, mesti ada yang memproduknya dan setiap produk kereta itu ada capnya dari kilang mana. Mustahil bagi kereta itu bergerak melaikan ada yang menggerakkannya. Kesimpulan saya, manusia ini merupakan makhluk kejadian Allah, berhaklah Allah menyuruh kita mengabdikan diri kepadanya dengan cara melaksanakan apa yang diperintahkannya. Firman Allah yang bermaksud :

Maksudnya : “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zariyat : 56)

Hujah saya lagi, pakaian yang kita miliki mestilah mengikut citarasa kita sendiri dan tiada siapa yang dapat menghalang bila waktu yang kita ingin pakai pakaian tersebut, sebab itu adalah milik kita bukan milik orang lain. Kalau orang lain hendak menggunakan barang kepunyaan kita, mestilah dia minta izin dahulu, jika diberi kebenaran barulah boleh digunakan barang tersebut. Kesimpulan dari hujah ini, harus bagi Allah melaksanakan apa yang dijadikan oleh Allah, kalau Dia hendak membinasakan manusia itu, maka binasalah manusia itu tanpa halangannya, kerana manusia milik Allah. Kewajipan solat merukan hak Allah kepada manusia, kerana manusia ini makhlukNya (kepunyaanNya), jadi tanpa ragu dan berat maka wajib kita melaksanakan perintah solat. Sabda Nabi Muhammad saw :

“Telah tertegaknya Islam atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat lima waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa di Bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah.”

Persoalan kedua ialah “kenapa pada hari jumaat kena solat jumaat tidak solat zohor seperti hari-hari lain?”

Hari Jumaat, merupakan penghulu bagi hari-hari yang lain. Asal perkataan Jumaat adalah dari perkataan jama’a yang bermaksud himpun. Hari jumaat merupakan hari kebesaran umat Islam dan sebagai hari perhimpunan umat Islam diseluruh dunia tanpa kecuali. Tujuan perhimpunan solat Jumaat ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Kalau dilihat secara logiknya, hari Jumaat juga kita dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat di masjid setelah selesaikan solat Jumaat. Islam itu kuat dengan jamaah, Solat Jumaat itulah sebagai lambing kekuatan umat Islam sebenarnya. Menurut ilmu Psikologi Sosial, manusia itu terdiri dari tiga unsur iaitu manusia makhluk bertuhan, manusia makhluk bersosial dan manusia makhluk individu. Ketiga-tiga elemen penting ini tidak dapat dipisahkan, kalau dipisahkan maka manusia itu akan mengalami konflik dalaman dan sosial.

Setiap individu muslim diwajibkan mendengar tazkirah atau apa-apa peringatan, maka sebab itulah adanya khutbah Jumaat, setelah mendengar khutbah Jumaat, setiap muslim balik ke rumah dan sampaikan kepada isterinya atau ahli kelurganya. Khutbah Jumaat ini sangat penting kerana di situlah khatib akan sampaikan segala nasihat dan segala masalah yang berlaku dikampung atau kawasan tersebut. Jika tiada khutbah bagaimana kita hendak mengetahui segala info yang timbul di kawasan tersebut.

Kewajipan solat jumaat tidak boleh dipertikaikan kerana ini suruhan Allah, barang siapa yang tidak melaksanakan segala suruhan Allah, maka orang tersebut Allah akan laknatnya dan tempatkannya di suatu lembah (wil) dalam neraka yang amat pedih dan dahsyat. Firman Allah dalam mewajibkan solat jumaat yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah Ente pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi Ente, jika Ente mengetahui (hakikat Yang sebenarnya), Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah Ente di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang Ente hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya Ente berjaya (di dunia dan di Akhirat). Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya Dengan meninggalkan Engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:" pahala - balasan) Yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Al-Jum’ah :9-11)

Saya harap huraian dan hujah saya mengenai mengapa perlunya solat terjawab dan kena perlu melaksanakan solat Jumaat pada setiap hari Jumaat terjawab dan memberikan sedikit sebanyak kefahaman kepada anda yang bertanya khususnya dan kepada semua pengunjung umumnya. maaflah kalau penjelasan saya ini tidak dapat difahami oleh anda. Sebagai umat Islam yang baik, sepatutnya jangan sesekali terlintas dalam benak fikiran mengenai kenapa perlu solat, kenapa perlu bertudung, kenapa perlu berpuasa, kenapa perlu percaya kepada Allah dan sebagainya, kerana ini boleh merosakkan akidah dan sekaligus segala amalan yang baik dihapuskan dan hanya tinggal dosa sahaja. Fikirlah sesungguhnya orang yang mati dalam kekufuran atau tidak Islam, maka kekallah dia di dalam neraka Allah selamanya. Ini berbeza dengan orang Islam walaupun tidak melaksanakan segala ibadah kepada Allah, tetapi dia akan dimasukkan ke dalam syurga juga setelah dirinya dibersihkan dalam neraka Allah. (sumber http://www.ustaznoramin.com/ )

Kamis, 30 Januari 2014

5 Tempat Terdingin Di Dunia

Tinggal di iklim tropis bikin kita sering banget mengeluh kepanasan, terutama sesudah pulang sekolah atau sehabis berolahraga. Kadang saking panasnya, kita sampai sering berharap kita tinggal di tempat yang lebih dingin. Tapi, setelah kenal sama lima tempat ini, kita pasti berpikir dua kali untuk tinggal di iklim dingin!

5.Yakutsk, Rusia

Suhu terendah di ibukota wilayah Yakutia ini, mencapai minus 50 derajat Celcius, dan biasanya terjadi pada bulan Januari. Meskipun dingin banget, kota ini ternyata dihuni oleh cukup banyak orang lho. Setidaknya ada 200.000 orang yang tinggal di kota ini. Saking dinginnya, orang-orang sering membiarkan mobilnya menyala terus ketika mereka berhenti di suatu tempat. Soalnya mereka takut bensin di mobil ini bisa beku, sih. Selain itu, di kota ini juga ada peringatan untuk nggak memakai kacamata hitam. Maklum, bisa-bisa kacamata itu menempel di kulit kita dan merobek kulit kita karena terlalu dingin. Seram ya?

4.North Ice Station, Greenland

Greenland memang terkenal sebagai wilayah paling dingin di belahan bumi bagian Barat. Tapi, suhu terendah yang pernah tercatat di Greenland ada di North Ice Station, sebuah daerah pusat penelitian milik negara Inggris, dengan suhu minus 66 derajat Celcius.

3.Verkhoyansk, Rusia

Delapan hari berkendara dengan mobil dari Yakutsk, baru kita akan ketemu Verkhoyansk, yang terletak pada Lingkaran Artik. Ada 1.300 orang yang tinggal di wilayah ini, dan sebagian besar bekerja sebagai pemburu atau menggunakan kereta salju untuk berkendara. Sebenarnya di wilayah ini terdapat banyak emas, tapi terlalu dingin untuk membuka tambang. Tempat yang dikenal dengan “Stalin’s Death Ring” ini hanya bisa dikunjungi saat musim dingin, ketika danaunya membeku. Suhu terendah di kota ini adalah minus 69 derajat Celcius .

2.Oymyakon, Rusia

Masih tetanggaan sama Verkhoyansk dan Yakutsk, Oymyakon yang hanya dihuni oleh 900 orang ini bisa mencapai suhu minus 71 derajat Celcius ketika musim dingin. Sedihnya, musim dingin di sini terhitung sangat lama, yaitu kurang lebih selama sembilan bulan. Dalam bahasa etnik Sakha Rusia, oymyakon berarti “air yang nggak beku”

 
1.Vostok Station, Antartika

Ini dia tempat terdingin di dunia. Dengan suhu terendah minus 89 derajat Celcius, Vostok, yang dalam bahasa Rusia berarti “timur”, hanya dipakai sebagai pusat penelitian milik Rusia. Mungkin karena terlalu dingin, nggak ada orang yang mau punya rumah di sini kali, ya?
sumber

Rabu, 01 Januari 2014

INS Vikramaditya Kapal Pengangkut Pesawat Terkini India 18 Gambar


Selain China, India juga sedang meningkatkan kemampuna ketenteraan mereka. Seperti China juga, India membeli pesawat pengangkut bekas Soviet untuk digunakan oleh tentera laut mereka. INS Vikramaditya ialah pesawat pengangkut pesawat terkini milik India dan ianya merupakan pesawat pengangkut pesawat kedua milik mereka. INS Vikramaditya memulakan hayatnya sebagai Admiral Gorshkov, sebuah kapal pengangkut helikopter milik Kesatuan Soviet. Ia beroperasi dari 1987 hingga 1996 sebelum dinyahatifkan kerana masalah kewangan Kesatuan Russia yang kronik.Setelah terbiar untuk sekian lama, Admiral Gorshkov diberi kepada India secara percuma dengan beberapa syarat.


Syaratnya ialah India akan membayar USD800 juta untuk proses naik taraf dan modifikasi Admiral Gorshkov untuk keperluan tentera laut India. India juga harus membeli pesawat dan sistem eletronik milik Russia bernilai USD 1 Billion. Sebanyak 12 biji MIG-29K dan 6 helikopter Kamov Ka-31 Helix akan menjadikan INS Vikramaditya sebagai pengkalan terapung mereka.


Setelah menjalani proses modifakasi dan pemodenan, INS Vikramaditya dijangka akan mula beroperasi Disember depan setelah empat tahun tertangguh akibat masalah kewangan dan politik. Apabila ianya beroperasi kelak, INSVikramaditya bakal menjadi kapal yang menjadi kebanggan bukan sahaja tentera laut India, tetapi rakyat India.